Saturday, July 27, 2013

Resipi : Vanila Cupcake with Butter Frosting

recently, minie baking lagi ! this time minie try VANILA CUPCAKE WITH BUTTER FROSTING!
overall, delicious but a bit buttery and sweet. but this time, frosting menjadi! tahap kemanisan tu korang adjust mengikut citarasa masing-masing la. meh minie share resipi ngan korang.

BAHAN untuk VANILA CUPCAKE : 
160 gram gula kastor
125 gram unsalted butter
180 gram tepung gandum
1 sudu kecil esen vanila
2 biji telur
1/4 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil baking powder

CARA-CARA : 
1.  Ayakkan tepung gandum, baking powder, dan garam. Letak bahan tu dalam satu bekas.
2. Guna bekas baru, pukul butter sehingga kembang, lebih kurang dalam 2 atau 3 minit.
3. Masukkan gula kastor ke dalam butter yang dah kembang tu dan pukul lagi selama 2 atau 3 minit. Jangan pukul lama sangat.
4. Masukkan telur satu per satu dan pukul selama 2 minit.
5. Masukkan esen vanila. Pukul selama 1 minit.
6. Masukkan bahan kering yang telah diayak secara perlahan-lahan.
7. Panaskan oven terlebih dahulu sebelum masukkan adunan ke dalam loyang yang telah diletak bekas cupcake.
8. Masak selama 30 minit dengan suhu 150 darjah celcius (depends on jenis oven). Kalau boleh, perhatikan kek every 15 minutes untuk mengelakkan terlebih bakar.
9. Lepas dah masak, sejukkan cupcake selama 15 minit.

BAHAN untuk BUTTER FROSTING : 
120 gram gula icing
125 gram unsalted butter
1/2 sudu kecil esen vanila

CARA-CARA : 
1. Pukul butter sehingga kembang.
2. Masukkan gula icing dan esen vanila. Pukul sehingga semua bahan sebati. Adunan sepatutnya nampak pekat.
3. Bila cupcake dah sejuk, barulah hias dengan butter frosting.


NOTA CINTA : He isn't perfect, I'm not perfect. Our feelings and lives aren't perfect, but we love each other and that's all that really matters.

2 comments:

Ain Syima said...

bestnyaaa ! terliuq dah tengok :D
pndai awak buatt :)

Minie Mickey said...

diary ain syima : takde pandai mane pun..trial and error..so that, boleh bljar dari kesilapan. =)